2017年9月27日星期三

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF


DEFINISI:
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.



TUJUAN:

  • Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
  • Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
  • Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
  • Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Dalam Falsafah Pendidikan Negara Perkembangan daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani.

- memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah



- Dalam KBSR :

    • Antara objektif- membolehkan pelajar menguasai KB, dan mengembangkan bakat serta kreativiti

- Dalam KBSM :

    • Mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif.
- Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan dilaksanakan oleh KPM, antaranya Sekolah Bestari
- Kemahiran Belajar adalah elemen utama dalam kurikulum SB
- Diajar merentasi kurikulum

- dengan harapan :
  • Kualiti pemikiran murid meningkat
  • Membuat keputusan dengan tepat
  • Menghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yg kritis dan kreatif
  • Dapat membeza baik dan buruk
  • Menghadapi cabaran terkini

 Kesilapan Dalam Berfikir

 i. Berfikir secara terburu-buru
  • Beri masa untuk berfikir
ii.Fikiran yang sempit
  • Aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran
  • Latihan menggunakan penyusun grafik banding beza
iii. Fikiran yang kabur
  • Latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan
  • Latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkara
  • Membuat kerangka karangan
 iv. Fikiran yang bercelaru
    • Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan penulisan
    • Menyusun isi-isi penting untuk karangan
    •  Carta aliran



Perbezaan Antara Otak Dan Minda


  • 0tak = organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem tertentu
  • Minda = kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan
  • Otak ---> pisau , minda ---> ketajaman mata pisau
  • Pisau perlu sentiasa diasah agar penggunaannya berkesan
  • Hemesfera otak kiri (HOKI) ---> kritis
  • Hemesfera otak kanan (HOKA) ---> kreatif
  • Kedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti berfikir dalam p & p.



Jenis-Jenis Kemahiran BerfikirApakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

 Komponen utama KBKK:
  • Berfikir secara kritis,
  • Berfikir secara kreatif.


Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

KEMAHIRAN BERFIKIR secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Apakah kemahiran  berfikir secara kreatif?

Kecekapan menggunakan minda untuk:
  • menjana dan menghasilkan idea,
  • mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
  • menerokai dan mencari makna , pemahaman  dan penyelesaian masalah seacara inovatif.



Apakah contoh-contoh  kemahiran  berfikir bagi setiap komponen itu?Contoh-contoh  kemahiran berfikir secara kritis:

  • Membanding dan membeza:
  • Membuat kategori,
  • Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
  • Menerangkan sebab.
  • Membuat sekuen / urutan.
  • Menentukan sumber yang dipercayai,
  • Membuat ramalan,
  • Mengusul periksa andaian
  • Membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
  • Mencipta analogi 
  • Menjana dan menghasilkan idea baru 
  • Mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?
Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.

 Jenis Bahan Yang Digunakan 

- Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana berfikir dikalangan pelajar
- Bahan boleh berbentuk :



i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita
ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu
iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun
- Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:



i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai  
" bagaimana jari anda ada 5 "ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan ini datang dari dunia orang dewasa.
" Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang motor dengan laju "iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan gemari.
" Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan lakukan ? "iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja.
" Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu menentang. Apa yang patut kamu buat ? "
 - Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang hendak diajar  




Bagaimana KBKK Diajar


- KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan khas untuk KBKK )
- Ia diajar secara penyebatian
- Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang diajar.
- 2 kaedah penyebatian :



i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :
a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKK
b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahan
ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai  
- unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian
- penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas.
 - Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :



i. apabila minda membuat persepsi
ii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal
- mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan mendalamkan daya persepsi
- kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat



- KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta
- apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan
- reka cipta :




- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model
- abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik



Ciri-Ciri Pemikir Bijak
  • Cekal                 
  • Luwes
  • Reflektif
  • Kurang impulsif
  • Ingin tahu
  • Mengambil risiko
  • Mahir menyoal
  • Tidak mudah putus asa
  • Asertif
  • Berkerjasama